Hi… Assalamualaikum… alFateh di sini…

Saye lahir pada 12 Disember 2007, jam 7.09 pagi. Saya sebenarnya nak keluar malam 11 Disember tu tapi mak saya tahan sampaila betul-betul sakit baru mak saya pegi hospital. Malam tu masa makan udang goreng butter kat Restoran Zul Pura, mak saya dah rasa sakit-sakit selang 8 minit. Tapi daripada rumours yang mak saya dengar, orang yang sakit nak beranak pun disuruh pulang selagi tiada contraction. Jadi mak saya percaya pada rumours tu. Mak saya pun tidur macam biasa, tapi asyik terjaga sebab sakit memulas2, jadi mak saya pun main game Zuma sambil menahan sakit. Tak boleh tidur.

Lebih kurang jam 4 pagi, mak pun kejut abah untuk ke hospital. Kami pergi ke hospital, dan saya terpaksa keluar ikut tingkap (ceasarean), sebab saya dah terberak dalam perut mak. Bahaya untuk saya dan mak. Setelah mak saya dibedah, saya pun selamat terbit ke dunia pada jam 7.09 pagi Rabu 12 Disember 2007. Alhamdulillah. Emak pun cium saya, itulah pertama kali saya melihat emak yang membawa saya selama 9 bulan sejak saya sebesar kacang sampai saya seberat 2.94kg. Emak memang cantik, mesti saya pun handsome bila besar nanti.

Abah datang pada saya untuk azan di telinga saya. Itulah pertama kali saya melihat abah. Wah, rupanya saya memang bertuah mempunyai abah yang sangat kacak. Tak sabar rasanya nak jadi dewasa! Assalamualaikum abah, ini Fateh, anak abah. Walaupun abah belum menamakan saya masatu, tapi nama saya dah pun tercatat di Luh Mahfuz. Terima kasih abah, kerana mendengarkan kalimat2 suci pada hari-hari pertama fateh di dunia ini.

Selamat datang Wan Zufayhan alFateh, semoga jadi anak yang baik, bertakwa, genius, sihat, cerdas, cergas, dan berbakti… ameennnnnn….