Belum ada rezeki
Mama lupa nak update berita. Sebenarnya mama dah gugur pada 11 Oktober yang lepas, iaitu sebulan lepas. Masatu kandungan mama baru 9 weeks. Sedihnya mama. Papa pun sedih. Dah takde rezeki. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Kepada Allah baby tu kembali. Mula2 mama tak sedar, lepas settle laundry Ahad malam tu, papa nampak darah kat kain mama. Sikit je. Sebab dah malam, kitorg tunggu sampai esok pagi, kitorg pun pegi Pusrawi. Masetu mama rasa perut memulas2 mcm period. Then masuk dalam bilik doktor, doktor tu check, baby tu dah keluar sendiri pun. Hmm… adik Fateh keluar dengan sendirinya. Lepas tu kami balik rumah, papa tanam kat bawah pokok dekat tanah sebelah post guard apartment kitorg. Mama dapat mc seminggu.