Dah tumbuh gigi

sebenarnya gigi pertama saya dah tumbuh sejak umur saya 9 bulan, iaitu 2 gigi bawah. Tengok!

gigi pertamaku

gigi pertamaku

Jadi saya suka sengih2 skrg ni sbb nak tayang gigi saya. Masa umur saya masuk 10 bulan(skrg ni), gigi atas dah mula nak muncul sebatang. hihihi seronoknya saya. Pasni bulehla saya kunyah lebih banyak makanan keras-keras. Mak dah bagi saya makan biskut sendiri, tapi saya rasa mak akan gantung ‘lesen makan sendiri’ saya, sbb habis bersepah rumah dengan sisa2 biskut saya. Maklumlah saya dah terer drive sendiri walker saya tu.

Oh ya, cerita pasal walker, abah belikan walker sebelum raya haritu. Mula2 saya dimasukkan dalam walker, saya menangis sbb saya ingatkan mak nak kurung saya. Saya stay still je sambil nangis. Lama-lama saya dah pandai kayuh kaki saya , so saya dah bebas bergerak ke mana-mana saja saya suka. Semua bilik saya dah masuk. Tempat yang tak lepas masuk cuma dapur.

3 Responses so far »

  1. 1

    Auntie Zaza said,

    Hahaha…really sweet! Jgn nakal2 tau Fateh 😉

  2. 2

    hijja said,

    dak fateh . tumbuh gigi dah ya..hr tu masa mai ada xgigi lagi?

  3. 3

    orgrumah said,

    masa mai haritu dah ada 2 gigi bwh n tumbuh satu gigi atas.. skrg gigi atas dah nak tumbuh lg 2… jadi semuanya 5.. heheh


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a reply to Auntie Zaza Cancel reply