Setahun tinggalkan blog

Bismillah. Tawakal je masa tulis blog ni balik. Rugi betul setahun tinggalkan kenangan bersama Fateh. Let see if mama can remember the happenings sepanjang setahun ni. Mama mcm tak percaya tak update blog ni selama setahun! Sejak fateh dapat berjalan masa umur 11 bulan pada 11 Nov 2008, sampai skrg, 1 Disember 2009. Maafkan mama fateh, mama selalu cuai.

Atuk tinggalkan Fateh

Ni masa birthday fateh yang pertama. Atuk dtg rumah kat KL🙂

Pada Februari 2009, satu-satunya Atuk kesayangan Fateh telah meninggal dunia. Fateh telah kehilangan geng baik. Biasanya fateh hanya mahu didukung Atuk. Langsung tak mahu pada Opah. Kesian Opah. Atuk Fateh meninggal tanpa signal biasa. Dia letih selepas mengangkat simen di belakang rumah, kemudian pengsan dan dimasukkan ke hospital. Kami ingin pulang ke kampung, tetapi dilarang oleh Atuk dan Opah. Rupa2nya Atuk ada peparu berair, kami langsung tak sangka. Kami tak sempat jumpa Atuk, mujur setiap bulan kami pulang kampung. Jadi pertemuan kami yang terakhir adalah pada bulan sebelumnya. Pada masa itu, Fateh memang sempat berbual panjang dengan Atuk semasa makan nasi. Entah apa yang dipesannya pada Atuk, tak berhenti2 becakap, sampai dipegangnya lengan Atuk yang sedang makan nasi. Atuk pula berhenti makan sebentar kerana ingin melayan Fateh berbual. Harap-harap Atuk terhibur dengan pertemuan sekejap dengan Fateh di dunia ini. Semoga kita jumpa lagi di sana ye, tok. AlFatihah buat Atuk.

Gigi Rosak

Sepanjang blog tak update, banyak gigi Fateh yang dah rosak. setakat ni dah 4 batang gigi terhakis dan berkarat, semuanya gigi atas. Mungkin sbb Fateh tak suka makan benda lain selain biskut. Biskut, biskut, dan biskut. Mama pula kurang berkesedaran untuk gosok gigi Fateh lebih kerap. Mungkin sepatutnya 3 kali sehari, tambahan pula kadang-kadang Fateh dah tidu sebelum dapat gosok gigi. Ini kesilapan mama dan papa sebagai ibubapa. Maafkan kami Fateh. Harap2 Fateh tak merendah diri bila masuk sekolah nanti. Fateh mesti jadi anak yang bersemangat tinggi!

Kerap Berak

Fateh juga adalah bayi yang kerap berak. Mula-mula mama suspek Fateh tak sesuai susu. Tapi najis Fateh normal. Mama bertukar-tukar susu tapi yang kekal sampai sekarang ialah Dumex. Papa juga membesar dengan Dumex semasa bayi. Hehe. Oh ya, Fateh juga masih menyusu badan. Bertambah kerap semenjak mama berhenti kerja pada bulan Julai 2009.

Berhenti Taska

Mama bertekad berhenti kerja walaupun keadaan ekonomi keluarga tak begitu mengizinkan. Jiwa mama meronta-ronta nak duduk umah. Mama nak cuba jaga Fateh kerana rasa terlalu kasihan pada Fateh yang dijaga di taska yang ramai budak, sejak Fateh 2 bulan(lepas cuti pantang). Lagipun Taska Fateh tu bermasalah dari segi pengasuh, asyik bertukar-tukar. Dah banyak kali bos taska tu pecat pekerja, walaupun pada pandangan kami, pekerja itu bagus dan budak-budak juga manja padanya. Fateh juga selalu kena selsema dan demam. Mama selalu kena ambil MC utk menjaga Fateh. Sedangkan kerja mama sangat busy kerana mama adalah programmer team lead yang terkejar2 siapkan projek dan terkejar2 dihambat client dan boss. Kiranya mama dah jadi macam sandwich. Setelah berhenti kerja dan menjaga Fateh, memang mencabar juga, lebih-lebih lagi Fateh sudah pandai mengemas. Tambahan pula Fateh makan biskut, setiap hari mama perlu vacum carpet. Fateh juga kelihatan rindu pada kawan-kawan taska, mama dapat melihatnya apabila dia rasa seronok berlari2 bersama kanak-kanak lain yang tidak dikenali setiap kali kami berjalan-jalan di shopping complex. Oh ya, Fateh juga tidak lagi diserang selsema dan demam , semenjak duduk di rumah. Alhamdulillah. Mungkin kerana di taska selsema mudah dijangkit daripada budak lain. Kami juga tidak lagi menjadi pengunjung setia Klinik Aishah di Bandar Sri Damansara.

Vocab Fateh

Word pertama fateh tentulah Mama dan Papa. Tapi Fateh biasanya akan main panggil je, papa dipanggil mama, mama dipanggil papa, kelam kabut menyebutnya terutamanya kalau dia mahu menunjukkan sesuatu pada kami. Tetapi yang paling menggembirakan mama, Fateh betul2 dah panggil Mama pada hari pertama mama berhenti kerja (8 July 2009)dan jadi surirumah sepenuh masa. Happynya mama! Terima kasih Fateh. Entah dari mana Fateh belajar cakap ‘Loom’, yg bermaksud Tolong, kali pertama kami mendengarnya masa opah datang berkunjung pada bulan 7, semasa mama baru resign. fateh suka meminta tolong, “Papa, lommm”, ataupun “Mama, lommm” sekiranya kami menggigit/bergumpal dengan Fateh. Banyak perkataan yang dia dah pandai sebut, dan guna, seperti , Kak for Bukak(semasa suruh buka tin biskut), Tup, Ju(Baju), Mbu(Lembu), Ball, acik(Nasik), Ayamm(Sayang)-sambil kiss pipi kitorg, Chickum(Chicken), dan tentunya Car dan Moto, obsesi Fateh.

hari raya, takmau bergambar, nak main basikal saja

Obses Car & Motor

Kegemaran/obsesi Fateh yang paling ketara adalah Car dan Motor(Motorbike). Pantang tengok kelibat Car atau bike di mana2, tak kira di jalanraya sampailah ke iklan tv/ brosur sekecil-kecilnya pun, mata Fateh cepat menangkap dan terus menjerit ‘Mamamamama, Car, car, car, car, car!” ataupun “Papapapapapa, to, to, to, to” sampaila dia letih sebut car n moto tu. Bila balik kampung, Moto Paksu dan arwah atuk akan jadi mangsa. Makteh dan Papa akan jadi mangsa untuk melayan Fateh duduk atas motor sambil mulut fateh tak berhenti-henti sebut  dengan penuh kekaguman “To, to, to, to, Vrum vrum vrummm”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: