Fayha…

Hari ini hari ke-58 kehadiran Fayha dalam hidup kami. Mama belum sempat ceritakan detik-detik kelahiran Fayha pada 15 Julai 2012 yang lalu. EDD fayha sepatutnya pada 27 Julai. Tetapi Fayha lahir awal 12 hari. Disebabkan Fateh dilahirkan secara ceasarean, jadi ini pertama kali mama berharap dapat bersalin secara normal.

Jadi aktiviti utama mama dalam 2-3 bulan sebelum bersalin adalah menggoogle pengalaman2 ibu bersalin normal. Perkara yg paling mama takut adalah episiotomi. Sehinggakan mama berminat nak bersalin sendiri secara hypnobirthing setelah membaca mengenainya di internet… Tetapi, macamlah mama berani nak bersalin di rumah? Semasa keguguran di rumah sebelum ini pun, mama hampir pitam.

Pengalaman paling best kali ini adalah, ramai yang mengandung bersama-same termasukla adik mama, Fatin dan raaaamai kawan mama. Tapi yang paling special adalah kawan mama Nur Adila Sulaiman, yang lahirkan anak pertamanya sehari selepas Fateh lahir. Kira gap sehari lah. Kali ini, tak sangka kami sama-sama pregnant dan due pun sama-sama bulan Julai 2012. Tapi EDD Dila 13 Julai. EDD mama 27 Julai, iaitu dalam bulan Ramadan.

Semakin hampir tarikh bersalin, Dila keep posting about her condition on FB wall… mama pun berdebar-debar dan doakan untuk dia. Mama wish dia dan doakan urusannya dipermudahkan…. Semoga urusan mama bersalin juga dipermudahkan. Dila, kalau boleh mahu bersalin awal dan dapat tarikh cantik seperti 7/7/12 dan 12/7/12. Tetapi tunggu punya tunggu, Dila tak juga bersalin pada tarikh-tarikh target. Tidak juga bersalin pada EDD dia. Bermakna Dila sudah overdue! Mama dan Dila keep updating each other.

Mama, papa, dan Fateh setiap hari menikmati hari-hari terakhir bertiga. Selepas ini tidak akan ada lagi istilah dan moment bertiga, jadi kami selalu keluar makan di luar. Lagipun mama dah tak larat memasak dan mengemas. Pada 14 Julai, kami jalan-jalan lagi. Kali ini di The Curve, mama cari ubat yg dpt mengelakkan digunting semasa bersalin nanti. Punyalah paranoid!

Tiba-tiba, esok paginya semasa tidur mama rasa sengal2 di perut macam senggugut ringan la agaknya. Mama tak pasti sebab tak pernah senggugut. Lagipun ni kan baru 15 Julai? Sengal tu pula selang setiap 5 minit! Alamak, kalau berkala mcm ni, tanda nak bersalin. Mama pun bangun solat subuh dan selepas tu masak sarapan 2 biji burger daging untuk papa yang kelaparan dan tidak tidur kerana bekerja sepanjang malam. Papa plan nak tidur le tu lepas subuh. Sambil masak burger, sambil terasa makin sakit pula…tapi tetap selang 5 minit. Mama pun ckp jom papa, gi hospital. Kami pun siapkan Fateh yang mengamuk dikejut awal pagi. Beg bersalin dah siap dalam kereta. Beg Fateh pun ada. Kesian papa tak dapat tidur.

Di Hospital Selayang, selepas cek, memang ada contraction 3 kali dalam 10 minit. Amboi kerapnya. Tapi bukaan baru 2cm. Adoi. Terpaksala tunggu dalam bilik penilaian tu. Nasib baik ada makanan disediakan untuk ibu-ibu yang sedang menahan sakit contraction tu.Ramai sangat nak bersalin hari tu, maklumlah hari Ahad. Macam bershopping pula. mejelang jam 2 petang, bukaan mama baru 3cm je. Kawa-kawan mama yang lain 4cm bukaan je dah boleh masuk labour room. Sebab queue ramai, mama yang baru 3 cm ni kena duduk kat wad bersalin dulu sementara tunggu labor room kosong. Dengan kecewanya kami yang belum capai 4cm ni ramai2 dihantar ke wad bersalin, tapi mama sorang je disorong dengan wheelchair, sebab sakit contraction tu tak tahan.. kang time berjalan kena berenti nak menahan sakit.  Sampai wad mama pun dapat katil dan mnahan sakit yg makin kuat, sambil ditemani papa. Papa balik dulu jam 3 lebih utk mandi dan segarkan badan. Konon nak nap dulu sebab papa kan belum tidur semalaman. Mama pun tinggal sendiri kat wad. Doktor tanya nak painkiller tak? painkiller ni buat ngantuk jer. Mama nak, sebab tak tahan sgt sakit. Lepas kena inject, mama terus ngantuk dan tidur tapi mcm sama je… tak berkurang pun sakit. Ngantuk tu ngantuk, tapi time contraction, tak tertanggung sakitnya. Last2 jam 4 lebih time tgh lalok tu tiba-tiba bunyi ‘poppp’ , yeay walaupun tengah sakit, rasa excited pula air ketuban dan pecah sendiri. Yelah masa bersalin Fateh dulu doktor yang pecahkan ketuban. Sekarang baru rasa natural process. Excited pun still berdebar juga la of course. Terus call papa, lepas tu baru tekan loceng panggil doktor. Nasib baik papa dah otw ke hospital semula. Doktor datang cek dan dah makin naik, 4cm.. lama sikit 5cm..Bila papa sampai, makin naik, 6cm, 7cm, tapi ambil masa yang lama la juga. Setiap kali sakit, mama genggam baju papa, sebab kesakitan tu tak dapat digambarkan dengan kata2. Mama hanya mampu berdoa dengan doa nabi Nuh dan doa yang Dr Asri ajar, dan mama berulang kali minta Allah tolong tanggungkan untuk mama, sebab mama memang langsung tak mampu nak tanggung lagi. Masa berlalu, mama makin sakit dan labour room tak kosong2, doktor dan nurse keep checking keadaan mama. paksu Alok datang pun mama masih belum bersalin jam 7mlm. Paksu terpaksa balik. Last2 mama jerit nak berak, doktor dan nurse kelam kabut dtg dan check dah 9cm agaknya, terus tolak mama ke labor room, dengan segala kekalutannya, lagi kalut drpd drama tv.

Time tgh berkejar2 sorong mama tu, doktor n nurse jerit2 kata jangan teran, sbb mama mmg dah nak teran, urge dah maximum. Papa pun ikut berlari2 sekali, sambil bawa beg bersalin. Tiba-tiba ada orang panggil ‘Wanzu, wanzu!’. Mama pun pelik, sapa la yg panggil time tgh kritikal ni. Sementara mama bersabar lg, sampai sahaja dalam labor room(elok pula kosong time tu), dengan sakit2 tu kena tukar baju n tukar katil pula. Mama kata tak berdaya dah…. tapi kena juga tukar. Mama pun bergolek je ke katil LR. haha. Then doktor terus suruh teran (mama dah duduk dlm posisi yg mama search kat internet). terus doktor kata ‘Wah pandainya teran, teran lagi’. Papa pula cemas dan tak putus2 bagi semangat pada mama sambil peluk bahu mama dan genggam tangan mama, cium2 mama supaya mama lebih bersemangat. Hehe sweet sangat. memang bersemangat pun. Dalam 20 minit papa dan doktor bersama2 cakap ‘sikit je lagi, teran lagi, jangan lepas’, mama teran sekuat hati sambil dah lupa teori2 yang mama belajar. Yang mama ingat, teran macam nak berak. Berbekalkan tips tu je, mama pun teran sampai terasa panas kat muka… mungkin tu la yg dinamakan ‘purple moment’ bila muka dah jadi purple. Then terus mama nampak adik Fayha dah keluar, doktor terus angkat kaki adik dan tunjuk sambil tanya ‘lelaki ke perempuan?’. ‘Perempuan’, kami jawab serentak sambil melepaskan keletihan dalam kegembiraan.Adik selamat lahir pada jam 7.56mlm. Oh ya, masa dah nak keluar tu, mama dan papa sempat nampak doktor tu toreh epi sambil selambanye kata ‘saya tolong awak ye’… huwahuahuwa… sedih mama. Tapi memang betul mcm org lain kata, takde rasa sakit langsung masa dia toreh tu…. sebab sakit nak meneran tu dah mengatasi segala2nya….

Selepas baby keluar, mereka bawa keluar untuk dibersihkan. Sementara tu papa keluar solat magrib dan doktor pula jahit balik epi mama.Walaupun mama seorang yang penakut sakit, mama rasa relax je, mungkin sebab dah penat bertarung tadi. Selepas jahit, doktor keluar dan papa datang semula. Masa tu mama dan papa bersama2 relax dan bertenang sambil berbual2. Rasa legaaaaa sangat dah lepas, dan happy sgt, sambil tak putus2 cerita balik saat2 cemas yang baru berlalu tadi. Alhamdulillah dah selesai. Masa tu, nurse bawa milo panas dan biskut lemak. Papa tolong suapkan mama yg keletihan. Sebenarnya mama kesian kat papa, dia juga letih, sebab semalamnya kan dia belum tidur? Oh ya, semasa papa solat tadi, papa kata dia menangis, dan terasa seperti dilahirkan semula. Pengalaman yang sangat menakjubkan. Yelah masa Fateh dulu, kan operate. Papa tak boleh masuk Operation theatre.

Selepas minum milo dan berbual dengan papa hampir sejam relax dalam LR tu, nurse pun bawa adik Fayha yang sudah dibersihkan dan sudah pakai baju shirt newborn putih yg mama beli hehe comelnyaaa. Papa azan dan iqamatkan adik, dan mama pun susukan adik. Pandainya adik menyusu. Tak kekok langsung, macam dah berlatih je dalam perut? hehehe.

Oh ya tadi yang panggil2 papa semasa kelam kabut berkejar ke LR tu, adalah kawan papa ustaz Rohidzir. Rupa2nya isteri dia baru sahaja bersalin petang itu juga. Dia mahu bertanya sudah bersalin ke belum. Mungkin dia tidak nampak kami sedang berkejar dan dalam keadaan cemas. Hahaha kelakar betul moment tu. Selepas semuanya selesai barulah papa cari ustaz Ro di wad, katilnya hampir dengan katil mama, tapi kami masing2 tidak dapat berjumpa, yelah masing2 masih sakit. Selepas ini kami plan nak beraya bersama. Tak sangka sama tarikh dan tempat.

Oh ya tentang kawan mama Adila tadi, dia yang dah overdue, rupanya sudah admit pada hari yg sama dengan mama(dia di Bintulu). Jadi selepas bersalin mama update pada dia, yg mama dah selamat, kau mcm mana Dila. Dia belum bersalin lagi, dan sedang menahan sakit. Dalam jam 1am lebih, dia pun update sudah selamat bersalin. Alamak!!!!! Beza satu hari lagi? Sama dengan Fateh(anak sulung mama) dan Kashfi(anak sulung Dila) 5 tahun yg lalu. Takdir apakah ini? Takdir yg sweet dan misteri, hadiah dari Tuhan.

Begitulah kisah pada hari Fayha bersalin. Kalau Fayha baca lagi kisah ni, tak tahu Fayha bosan atau pening. Bahasa mama bercampur baur, plus cerita tak disusun dengan baik. Maafkan mama, cuma mama rasa excited masa tulis balik cerita ni. Mama tak mahu dah basi nanti baru mama tulis. Nanti mama lupa. Semoga Fayha membesar dengan baik dan cantik, both rupa dan budibahasa. Sayang anak mama yang comel!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: