Belum ada rezeki
Mama lupa nak update berita. Sebenarnya mama dah gugur pada 11 Oktober yang lepas, iaitu sebulan lepas. Masatu kandungan mama baru 9 weeks. Sedihnya mama. Papa pun sedih. Dah takde rezeki. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Kepada Allah baby tu kembali. Mula2 mama tak sedar, lepas settle laundry Ahad malam tu, papa nampak darah kat kain mama. Sikit je. Sebab dah malam, kitorg tunggu sampai esok pagi, kitorg pun pegi Pusrawi. Masetu mama rasa perut memulas2 mcm period. Then masuk dalam bilik doktor, doktor tu check, baby tu dah keluar sendiri pun. Hmm… adik Fateh keluar dengan sendirinya. Lepas tu kami balik rumah, papa tanam kat bawah pokok dekat tanah sebelah post guard apartment kitorg. Mama dapat mc seminggu.
Fateh sudah mahu dapat adik
Ada berita gembira untuk kami sekeluarga. Insya-Allah fateh akan dapat adik tahun depan, bulan 5 2011. Mama ingatkan nak jarakkan 5 tahun, tapi opah dah bising2 sebab umur mama pun makin lanjut, jadi kami tak tunggu lama-lama. Lagipun kesian Fateh selalu main sorang2 dan buat banyak watak dalam satu scene sbb dia takde kawan. Haha. Nasib baik dia berkawan kat taska, takdelah boring sangat. Oh ya baru-baru ni kami selalu tanya ” Fateh nak adik tak?” Fateh akan jawab “Taknaklah adik, nak abang”. Hehehe kelakarnya. Tapi sekarang ni dia dah mengaku diri dia sebagai abang. Comel sgt dia ckp “Ni abang lah, ni abang”, sambil tuding jari kat dada dia.
Oleh kerana terlalu banyak hutang entry kat blog ni, mama mahu letak gambar2 Fateh sepanjang Fateh miss blog entry. Maafkan mama ye blog.
- Fateh & Aimi Husna, kawan pompuan yg muka sama ngan Fateh.
- beli kuih raya kat Ayamas, terus buka tak sabar nak makan.
- main2 kat hospital dengan Faris. Masa ni Paklong masuk wad kena denggi
- naik tangga dgn Faris
- Tertidur tunggu mama balik dari work
- beraya dgn Papa
- Takmau pakai baju raya. Sempoi je pakai t-shirt waktu raya pertama
- dengan Aqilin
- @Rumah opah raya 2010
- ngan Habel Raya 2010 @ rumah Atuk Melaka
- ngan kak Firyal masa raya 2010
- @Rumah atuk Melaka
- @Chicken Rice Shop Alamanda
- Tido kat Sofa
- First Time naik teksi. excited sgt asyik ckp “mama, teksi la, teksi”. Masa ni mama ambil Fateh balik dr taska sbb papa ada hal.
- kat Manhattan Fish Market @ The Curve
Fateh back to daycare centre
It’s a very long time no see. What a shame, mama Fateh didnt take the opportunity of being home to write entries about Fateh here. Now that she’s back to work, she doesn’t even have time to surf internet at office. Serves her right! Yup. Mama Fateh dah kerja balik. Demi keselesaan hidup bersama. Tapi sayangnya mama tak dapat teman Fateh pergi ke taska, sbb mama kerja start pukul 8 or 9. Papa kena hantar mama dulu then baru dpt hantar fateh. Papa kena berkorban masuk office lambat sikit, sbb nak bagi mama punya record baik awal2 ni.
First week papa try letak Fateh kat taska berdekatan dgn office papa. Our initial concern was, in case( actually everyday case) kitorg berdua keluar office lambat, tak payah risau2 terkejar2 harungi jam nak ambil Fateh. Sepanjang jalan jam tu kitorg asyik risau kesiankan Fateh yg dah tunggu kitorg datang ambil. So bila taska dekat dgn office papa, senang papa nak pick up Fateh dan lepas tu dah tak risau dah. But then setelah seminggu Fateh di taska tu, Papa rasa tak sedap hati atas beberapa sebab. Lagipun Fateh asyik menangis, papa kata. Menangis masa nak hantar pagi2. Kadang2 papa rasa kejam sbb terpaksa biarkan je Fateh menangis. Tapi bila prtang2 papa nak ambil, Fateh leka pulak bermain, taknak balik.
Anyway this week papa try hantar Fateh kat taska lama Fateh berdekatan dgn rumah. Taska tu lebih luas dan open air, plus separate kelas dan tempat tidur/main dan tmpt makan. Lgpun dulu kitorg seronok tgk Fateh belajar sama2 dengan abg2 kakak. Tapi yang sedihnya kakak kembar cina Beatrize dan Belisha(bersama adik mereka yg kelam-kabut) dan Teacher Usha dah takde. Wah sedihnya. Diorg dah pindah sekolah. Tapi takpelah, setakat ni papa dah rasa lega dan lapang letak Fateh kat situ.
Fateh, maafkan mama ye. Skrg ni waktu siang weekdays mama dah tak dapat suap fateh makan, mandikan Fateh, basuh berak Fateh, gigit-gigit Fateh, baca abc sama2, baca buku vehicles dan buku haiwan, nyanyi lagu air pasang dalam sambil tepuk2 tangan, etc. Sedihnya mama. Mama sentiasa doakan fateh dpt pelajaran dan pengalaman terbaik, wpun bukan dgn papa dan mama. Yg penting sekali mama takmau Fateh menyalahkan apa yg mama dan papa lakukan skrg utk Fateh. Mama harap Fateh jadi seorang yg optimis dalam semua keadaan. Ye sayang?
Fateh o Fateh
Kepada anak mama tersayang,
Mama takmau Fateh jadi spoiled child, faham tak? Mama nak Fateh cool, xmau pukul2 orang. Takmau rebut barang dan pukul oranglain, apatah lagi pukul org tua, faham tak nak? takmau jerit2. Ai risaunye mama.
Budak kagum
Fateh demam kelmarin, satu hari saja bdn panas, kemudian selsema hingus meleleh smpi harini. Dah lama anak mama tak demam, dah 5 bulan. Alhamdulillah ala kulli hal. Mama jaga Fateh dgn penuh kasih sayang. Thank God Fateh still aktif mcm biasa. Mulut tak berhenti2 bercakap.
Satu perkara yang kami perasan, Fateh suka kagum dengan benda2, kalau dia nak tunjuk sesuatu, dia akan berulang2 kali sebut, contoh dia kagum tengok Car( fateh memang tak pernah tak kagum dengan Car, sejak kali pertama kenal Car sampai skrg, mcm kali pertama tengok Car), mulut dia yg comel mcm mulut anak burung tu tak berhenti2 sebut dan tunjuk ‘Mama, mama, car car car! Uiii Car’. Ayat tu dia memang tak penat penat sebut.. tak kira la sapa ada depan dia masatu.. Papa boleh, Mama pun boleh. Dia akan paksa layan dia tengok Car di internet ataupun dalam buku koleksi Car dia. Yang paling Fateh suka adalah Lori Car Transporter yg angkut banyak car tu. Kat internet pula, Mama intall piclens terus, supaya bila search image Car kat google, boleh terus view semua Image results macam picture gallery, boleh zoom, etc.
Semalam peristiwa paling comel kekaguman Fateh adalah, dia takpenah tengok kami beli roti burger gardenia tu, biasa kami beli roti potong saja. Bila mama buka je roti tu untuk kasi dia, dia sangat kagum, tak berhenti2 sebut ‘Mama, mama, ger, ger,ger.. Uiii Ger… “. tak sudah2 sebut… sambung plak tunjuk kat Papa, “Papa, papa, ngok… Ger, ger, ger.. Uiii”. Adeiii… kelakar betul. Dia pegang dan belek2 roti tu… pastu sekejap dia letak, sekejap dia ambil, tenung sambing mulut tak berhenti2 keluarkan ayat kagum. pastu dia cubit sikit2 makan kulit roti beger yg penuh bijan tu. Oh ya, lupa pulak nk cerita, cara Fateh makan roti adalah, dia makan kulit roti sahaja, isi putih dia buang. Hmm.. macam-macam anak mama ni.
Surat untuk Fateh
Mama akan jaga Fateh bagai membawa minyak yg penuh. Maafkan mama sekiranya mama selalu marah-marah Fateh, kadang-kadang tanpa fikir, pukul Fateh. Maafkan mama, mama sangat menyesal. Mama akan berusaha lagi jadi ibu yang baik dan bertanggungjawab. Mama nak kita jadi anak beranak yg saling sayang sampai la mama tua. Mama harap Fateh dapat jaga mama sepenuh hati bila mama dah tua nanti. Jangan pukul-pukul mama ye. jangan hantar mama ke rumah orang tua ye sayang. Mama harap Fateh dapat jadi insan yang berguna, berilmu, bertakwa, dan langsung tidak sombong walaupun Fateh berada di puncak. Mama harap Mama jadi kawan rapat Fateh sampai bila-bila. Mama sayang bangat sama Fateh!
Habit baru
Baru-baru ni Fateh suka menari. Pantang dengar lagu, dia akan mula goyang2kan badan dan tangan dia. kadang2 dia cucuk cari dalam telinga sambil menari. Fesyen apa tah… heheh.
Dasar budak kecik
Kdg2 kami sengaja tanya soalan yg sama dua kali pada Fateh, tetapi diterbalikkan. Saja nak tgk respons Fateh. Contoh:
‘Fateh, nak mama ke papa?’. Dia jwb: ‘Papa’.
‘Fateh, nak papa ke mama?. Dia jwb: ‘Mama’.
Hehehe. memang dasar budak kecik, ambil perkataan hujung je.
Buat ayat
Skrg Fateh dah pandai cantum2kan words utk buat ayat simple, contoh, ‘Papa, ngok!’ yg bermaksud, ‘Papa, tengok!’
‘Jom, lik’ maksudnya ‘Jom, masuk bilik’.
Dah boleh diharap.
Perkara yg membuat mama excited adalah, Fateh dah boleh diharap ambilkan barang. Contoh mama suruh ambilkan botol, dia akan cari botol, tinjau sana sini, bawah sofa, bawah rak tv, bawah meja papa, untuk cari botol susu yg dia suka campak2. Lepas tu Fateh akan bawa botol tu kasi pada mama di dapur. Senang la mama lepas ni, boleh mengarah2.. heheh.
Rajin buat sepah dan sapu sendiri
Oh ya, Semasa mama berhenti kerja, banyak kerajinan dan bakat baru yg Fateh tunjukkan. Disebabkan Fateh suka makan biskut, kadang-kadang dia sengaja pecah2kan biskut atas lantai, kemudian berlari-lari ke dapur. Mama ingatkan Fateh nak buat apa, rupanya ambil penyapu untuk sapu serbuk2 biskut tadi. Mama cuba nak tolong, tapi Fateh marah dan rebut penyapu tu. Hehehe. Gembira betul mama. Ringan tulang anak mama ni.
Dah matured
Semalam 22 Disember birthday mama yg ke-28. Mama kata mama dah tua. Fateh belum mengerti maksud tua. Papa bwk makan pizza waktu lunch walaupun papa tak wish langsung. Sampai malam papa tak wish dan buat2 taktahu saja. Pastu papa gelak, rupa2nya saja nak kenakan mama. Ewah2 apa plak entry pasal mama ni. Sibuk aje. Ni kan blog Fateh. Ok2 mama fokus.. fokuss…
Tp masa birthday mama ni la Fateh tunjukkan satu lg sign yg Fateh dah besar. Fateh dah tak meronta2 menangis2 nak ikut papa pergi kerja dah. Kebiasaannya mama mesti kena lekakan Fateh dlm bilik supaya dia tak nampak papa pergi kerja. Kalau dia nampak, alamatnya tak boleh nak pujuklah. Suka sangat berjalan. Dia tahu papa nak naik car. Dia akan ambil stool dan letak dekat tingkap, panjat dan tinjau papa masuk kereta kat car park bawah tu. Lepas tu dia meraung nak ikut.. Papa..Papa… sambil menangis dan mengalirkan air mata kesedihan ditinggalkan.Sebaliknya hari ni, Fateh ckp ‘Bye papa’, dan salam tangan papa. Anak mama dah matured.
Raya Aidilfitri tahun ke-2
Pada Aidilfitri kali ke-2 Fateh, iaitu pada September 2009, Fateh balik beraya di Penang dan Melaka. Tahun ni beraya tanpa Atuk buat kali pertama. fateh kena beli baju Melayu baru, sbb baju raya tahun lepas dah senteng. Mama pakai baju raya tahun lepas, manakala Papa pula pakai baju kahwin hehe. Tak apalah asalkan kami sedondon. Tapi raya tahun ni, Fateh takmahu bergambar, kerana sibuk main basikal yang dibelikan maklong. Maklong beli 2 basikal, satu lagi utuk Faris, sepupu Fateh, supaya tak berebut.

Pagi raya ziarah kubur atuk pertama kali. Biasanya pagi raya camni arwah atuk sibuk melayan kanak-kanak dtg rumah. Semoga Allah sayangkan Tuk sebagaimana Tuk sayang pd kanak-kanak.
Selamat Hari Jadi, Fateh
Hari ini, 12 Disember 2009, adalah hari lahir Fateh yang ke-2. Fateh dilahirkan pada 7.09pagi 2 tahun yang lepas, melalui pembedahan. Mama dan Papa mendoakan kehidupan Fateh diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Kami juga mendoakan Fateh menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan Rasul, serta ibu bapa. Semoga Fateh menjadi insan yang bepekerti mulia. Moga-moga Fateh tahu membezakan yang bena dan yang salah. Semoga Fateh menjadi cerdik, bijak, genius, dan tidak mensia-siakan kepandaiannya. Dan semoga Fateh hidup senang, banyak duit, serta sentiasa mendapat pertolongan Allah dalam kehidupannya. Akhir sekali, mama dan papa mendoakan supaya Wan Zufayhan Alfateh dapat menjadi ahli syurga. Amin.

































